PRN: Tok Mat, 3 bekas MB jadi calon BN

PRN: Tok Mat, 3 bekas MB jadi calon BN

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan akan mempertahan kerusi Rantau.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan juga merupakan menteri pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan antara pemimpin tertinggi Barisan Nasional bertanding pada PRN enam negeri, pada 12 Ogos.

Mohamad, yang juga menteri pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau akan mempertahan kerusi Rantau di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, juga mengumumkan Ketua BN Kedah Mahdzir Khalid, bekas menteri pendidikan, bertanding di kerusi Pedu.

Dalam pada itu, dua bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said dan Ahmad Razif Abdul Rahman masing-masing bertanding di Kijal dan Seberang Takir.

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, yang disebut-sebut mungkin menjadi calon menteri besar, akan bertanding di kerusi Pertang, manakala Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin, pula bertanding di Gombak Setia.

Asyraf juga mengumumkan bekas menteri belia dan sukan, Reezal Merican Naina Merican akan bertanding di Bertam.

Selain itu, nama besar lain tercalon termasuk Pesuruhjaya Suhakam, Hasnal Rezua Merican Habib Merican, bertanding di Kuang.

Sementara itu, Najib Isa, anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Isa Samad, akan bertanding di Bagan Pinang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.