
BDB berkata, Sobri yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah), direman pada 19 Julai bagi membantu siasatan SPRM dan dibebaskan, 21 Julai.
“Siasatan tidak berkaitan dengan BDB dan tidak menjejaskan operasi kumpulan BDB.
“Syarikat memantau dengan teliti perkara tersebut serta akan membuat pengumuman lanjut, termasuk mengambil sebarang tindakan yang patut seperti yang diperlukan di bawah keperluan penyenaraian pasaran utama dan undang-undang yang terpakai,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Dilaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat MBI Kedah atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam perlombongan nadir bumi.
Perniagaan teras BDB ialah kejuruteraan, pembinaan serta kuari; pembangunan hartanah termasuk riadah.