Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di New Zealand

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan di New Zealand

Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain.

Polis memantau sekatan jalan raya dibuat susulan kejadian tembakan rambang di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis yang mengorbankan dua nyawa setakat ini. (Gambar AP)
PUTRAJAYA:
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada Khamis, menurut Wisma Putra.

Dalam kenyataan pada Khamis, ia memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi pihak suruhanjaya di talian +64-4-3852439 dan +64-210440188 (untuk kecemasan) atau melalui email [email protected].

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata Wisma Putra.

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini meragut dua nyawa dan mencederakan enam yang lain.

Penembak rambang itu dilaporkan mati di tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.