Pelajar Tingkatan Satu maut disyaki terjatuh bangunan sekolah

Pelajar Tingkatan Satu maut disyaki terjatuh bangunan sekolah

Pelajar perempuan itu dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan tersebut, menurut Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat, menurut polis.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar Tingkatan Satu di Melaka maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolahnya.

Pelajar perempuan itu ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang, menurut Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan tersebut selepas pasukan penyiasat menemukan kasut pelajar terbabit di kaki lima aras sama,” katanya, lapor Bernama.

Katanya lagi, tiada saksi yang melihat kejadian dan tiada kesan perbuatan jenayah ditemukan di sekitar kawasan terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.