
Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata pimpinan tertinggi dua komponen itu Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim setuju rundingan berhubung jawatan yang kini dipegang Aminuddin Harun diadakan selepas menang.
“Itu tidak diputuskan oleh gabungan parti lagi.
“Pimpinan setuju supaya calon menteri besar yang akan dipilih dan dilantik di Negeri Sembilan dibuat rundingan selepas PRN nanti,” katanya dalam satu program di Jelebu.
Pada 7 Jul lalu, Anwar berkata kedudukan Aminuddin yang juga naib presiden PKR akan dibincangkan oleh gabungan kerajaan.
Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun gembira dan berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh Aminuddin sepanjang lima tahun beliau menjalankan tugasnya.
Aminuddin, Adun Sikamat mula menjadi menteri besar pada 12 Mei 2018 menggantikan Mohamad Hasan, selepas PH menewaskan BN pada PRU14.