Zahid arah Mara semak skim gaji pendidik

Zahid arah Mara semak skim gaji pendidik

Timbalan perdana menteri berkata ia bagi memastikan tiada pendidik terpinggir.

Zahid Hamidi berkata beliau komited memperjuangkan nasib pendidik Mara, selagi berada di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyemak semula skim gaji pendidiknya bagi memastikan tiada yang terpinggir.

“Tolong lihat semula skim gaji pendidik Mara. Saya tahu skim kita sama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), tetapi ada yang terpinggir (dan) terpencil.

“Selagi saya ada di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya komited perjuangkan nasib (pendidik Mara). Saya beri tanggungjawab kepada pengerusi Mara (Asyraf Wajdi Dusuki),” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Pendidik Mara.

Pada 7 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam dengan perbincangan mengenainya dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata, syor penelitian semula skim gaji itu dibuat selepas mempertimbangkan tiada kenaikan bagi suatu tempoh agak lama.

Kali terakhir gaji penjawat awam disemak semula pada 2013, iaitu 10 tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.