Tahanan lolos dari hospital dicekup semula selepas 17 jam

Tahanan lolos dari hospital dicekup semula selepas 17 jam

Lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditahan pada 8.45 pagi tadi dengan bantuan pasukan Penjara Seberang Perai, menurut polis.

Polis melancarkan Op Tutup semalam untuk menjejaki tahanan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad.
PETALING JAYA:
Seorang tahanan penjara yang meloloskan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB) semalam telah ditahan semula di Jalan Pantai, Butterworth hari ini.

Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS) Ng Ah Thiam berkata, lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditahan pada 8.45 pagi tadi dengan bantuan pasukan Penjara Seberang Perai .

“Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Semalam dilaporkan bahawa tahanan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad itu meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi hospital berkenaan.

Semasa kejadian, suspek memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar pendek hitam.

Polis kemudian melancarkan Op Tutup bagi menjejakinya dan yang dipercayai masih berada di sekitar daerah berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.