Muda, PSM janji tak bertembung pada PRN

Muda, PSM janji tak bertembung pada PRN

Syed Saddiq mengumumkan Muda akan turun, berkempen, dan membantu PSM tidak kira 'menang atau kalah'.

Presiden Muda Syed Saddiq dan Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar (tengah, kemeja putih) bersama pimpinan kedua-dua parti selepas menandatangani perjanjian kerjasama menjelang PRN enam negeri.
PETALING JAYA:
Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) berjanji untuk tidak bertanding di kerusi sama pada PRN akan datang.

Mengelak pertembungan antara perkara dipersetujui oleh kedua-dua parti kecil itu yang menandatangani perjanjian kerjasama hari ini dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri.

Muda diwakili Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman manakala Pengerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi pihak PSM.

“Kita tidak akan bertindih kerusi. PSM tidak akan tanding di kerusi yang Muda tanding. Itu keputusan kita capai masa ini,” kata Michael pada sidang media petang tadi.

Syed Saddiq percaya kerjasama ini merupakan titik sejarah bagi kedua-dua parti. “Kita lihat dalam kalangan dua akar umbi lebih banyak persamaan daripada perbezaan.”

“Sebagai presiden, Muda akan turun, kempen, bantu PSM; tidak kira menang atau kalah akan bersama-sama.”

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata rakyat kini mempunyai alternatif dengan memilih Muda-PSM pada pilihan raya akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.