Suspek tikam polis ketika operasi dadah ditahan

Suspek tikam polis ketika operasi dadah ditahan

Suspek berusia 30-an itu ditahan di sekitar Johor Bahru kelmarin.

Terdahulu dilaporkan seorang anggota polis parah selepas ditikam seorang lelaki dalam operasi membanteras dadah di sekitar Johor Bahru. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang suspek yang melarikan diri selepas dipercayai menikam anggota polis dalam kejadian 10 Julai lalu ditahan kelmarin.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata individu berusia 30-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari di sekitar Johor Bahru.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya pada sidang media di IPK Johor, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, suspek direman hingga esok dan polis akan memohon perintah sambung reman bagi meneruskan siasatan.

Terdahulu dilaporkan seorang anggota polis parah selepas ditikam seorang lelaki dalam operasi membanteras dadah di sekitar Johor Bahru.

Konstabel berusia 22 tahun itu mengalami luka dalaman di rusuk kiri akibat ditikam pisau dalam kejadian ketika Ops Tapis Khas.

Mangsa ditikam apabila berlaku pergelutan ketika pegawai penguat kuasa dan polis melakukan pemeriksaan terhadap tiga individu. Suspek kemudian melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah, dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas anggota polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.