PSM pilih aktivis pekerja tanding di Meru

PSM pilih aktivis pekerja tanding di Meru

Sivaranjani Manickam berkata, beliau akan memfokuskan masalah banjir dan kebajikan golongan miskin di DUN Selangor itu.

Sivaranjani Manickam berkata, beliau sangat tahu mengenai isu tempatan kerana PSM bekerja di Meru selama bertahun-tahun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Aktivis hak pekerja, Sivaranjani Manickam akan bertanding di kerusi Meru di bawah tiket PSM pada PRN Selangor.

Beliau akan berdepan beberapa lawan, termasuk Muda yang akan bertanding di kerusi disandang Pakatan Harapan (PH) itu.

Dalam siaran langsung Facebook malam tadi, Sivaranjani berkata, beliau akan bekerja keras untuk kawasan yang juga kampung halamannya itu.

Katanya, isu teras di Meru ialah banjir kilat berterusan akibat kekurangan sistem saliran baharu, selain kebajikan sejumlah penduduk berpendapatan rendah.

“Saya tahu isu tempatan dan kami di PSM bekerja di lapangan di sini selama bertahun-tahun,” kata ahli Jawatankuasa Pusat PSM itu.

Fakhrulrazi Mokhtar daripada PKR, penyandang DUN Meru selama dua penggal, dijangka tidak akan mempertahankan kerusinya.

Amanah akan meletakkan calon di kerusi itu – satu daripada sembilan kerusi diperuntukkan kepada parti komponen PH itu di Selangor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.