Dr Lee Boon Chye dilantik pengerusi Bioeconomy Corp

Dr Lee Boon Chye dilantik pengerusi Bioeconomy Corp

Bekas timbalan menteri kesihatan itu menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang bersara pada 16 Dis 2022.

Dr Lee Boon Chye adalah Ahli Parlimen Gopeng tiga penggal dari Mac 2008 hingga November 2022.
KUALA LUMPUR:
Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) melantik Dr Lee Boon Chye sebagai pengerusi bukan eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 11 Julai lalu.

Dalam kenyataan, ia berkata Lee menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang bersara pada 16 Dis 2022.

Lee berpengalaman luas terutama dalam sektor perubatan dan beliau pada masa ini merupakan pakar perunding residen dan pakar kardiologi di Hospital Pakar KPJ Ipoh.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai timbalan menteri kesihatan dari 2018 hingga 2020 dan Ahli Parlimen Gopeng dari 2008 hingga 2012.

“Dengan kepakaran dan kepimpinannya, organisasi ini bakal mengukuhkan komitmennya untuk memajukan bioteknologi dan industri berasaskan bio yang mengharmonikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar di Malaysia,” kata Bioeconomy Corp.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.