
Barisan Nasional, khasnya MIC, mempertahankan kerusi itu sejak 1995, tetapi parti itu memutuskan tidak menyertai PRN akan datang.
Pengerusi MIC negeri dan bekas exco, L Manickam memenangi kerusi itu pada 2013 dan mempertahankannya pada 2018, walaupun BN tumbang pada PRU14.
Sumber berkata, Sanjeevan, 39, yang dilahirkan dekat pekan Bahau, berkhidmat di kawasan itu sejak 2020 selepas menyertai Bersatu.
Ahli perniagaan itu yang terbabit beberapa kes jenayah dan sivil, pernah menganggotai PKR.
“Beliau berpeluang memenangi kerusi itu kerana MIC tidak akan meletakkan calon,” kata sumber itu kepada FMT.
Pada PRU 2018, Manickam memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,062 undi selepas meraih 3,702 undi. S Musliadi Sabtu dari PKR mendapat 2,302 undi, manakala Fairuz Isa dari PAS memperoleh 785 undi. Calon bebas, Surash Sreenivasan meraih 2,640 undi.
DUN itu mempunyai 51% pengundi Melayu, diikuti India (36%), Cina (10%) dan Orang Asli (3%).
Baru-baru ini, Umno Negeri Sembilan dilaporkan sedia bertanding di Jeram Padang susulan keputusan MIC tidak menyertai PRN pada 12 Ogos ini.