
Bercakap kepada agensi penguat kuasa di sini, beliau mencadangkan agar insentif ini diberikan dalam bentuk peralatan, kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan agar agensi dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Selain itu, Anwar juga berkata, RM100 juta akan diperuntukkan bagi semua agensi penguatkuasaan tahun ini untuk menyokong operasi mereka.
“Insya-Allah, pada 2024, kerajaan akan terus komited memperuntukkan peruntukan khusus mengambil kira prestasi kutipan hasil tambahan yang ditunjukkan oleh agensi penguat kuasa,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Anwar juga berkata, kerajaan akan mengkaji usaha menambah baik laluan kerjaya bagi penjawat awam di agensi penguatkuasaan.
Tambahnya, sebanyak RM5.5 juta telah diperuntukkan setahun untuk kenaikan elaun seragam bagi tentera, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Penjara, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia., serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.