
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata berkata siasatan akan mengambil masa tujuh hari.
“Kita ada pasukan petugas khas yang siasat kes-kes 3R,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman.
Terdahulu, PKR Shah Alam membuat laporan polis terhadap Sanusi dan berkata pentas ceramah politik tidak seharusnya menjadi medan membaut penghinaan terhadap institusi diraja.
Dalam ucapan Sanusi yang tular sejak semalam, pemimpin PAS itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan “menteri besar cokia (tiada kualiti)”.
Menteri Besar Amirudin berkata pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya perlu menilai semula kenyataan dibuat Sanusi itu, serta menginsafi kesilapan yang disifatkan melanggar etika ‘berkempen’.