Unit pharmaniaga peroleh kontrak bekal perkhidmatan logistik perubatan KKM

Unit pharmaniaga peroleh kontrak bekal perkhidmatan logistik perubatan KKM

Kontrak itu bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2030, menurut Pharmaniaga Logistics.

Pharmaniaga Logistics memperoleh kontrak baharu selepas kontrak sebelum itu yang bermula pada 1 Dis 2019 tamat.
KUALA LUMPUR:
Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) memperoleh kontrak baharu daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan perkhidmatan logistik bekalan perubatan selama tujuh tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, kontrak itu bermula 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2030.

Kontrak baharu itu diberikan selepas kontrak sebelum itu yang bermula pada 1 Dis 2019 tamat.

Sementara KKM dan PLSB memuktamadkan syarat perjanjian perkhidmatan logistik bekalan perubatan baharu itu, PLSB akan terus menyokong dan memberikan perkhidmatannya kepada KKM berdasarkan terma penting yang dipersetujui, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.