
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan seorang lelaki bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan kes dijalankan pihaknya.
Dalam kenyataan SPRM berkata, lelaki itu dikenali Justin Lim Hwa Tat, 47, beralamat terakhir di No 54, Jalan SS 22/27 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
SPRM berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pihaknya.
“Orang ramai diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Freddick Makiun di talian 03 88700480 atau 014 8595925 atau emel kepada [email protected],” katanya.