Simbah asid: Warga emas direman

Simbah asid: Warga emas direman

Polis mereman seorang wanita berusia 60-an dalam siasatan ke atas kejadian simbah asid yang menyebabkan satu pasangan cedera.

PETALING JAYA:
Seorang warga emas direman dalam siasatan ke atas kejadian simbah asid di Batu Caves, yang menyebabkan satu pasangan suami isteri cedera.

Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Arifin Mohamad Nasir berkata wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu direman selama empat hari bermula hari ini.

Motif kejadian masih disiasat, katanya menurut Sinar Harian.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, sepasang suami isteri cedera apabila disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang wanita, semasa memasuki lif di sebuah pangsapuri.

Mangsa seorang wanita tempatan berusia 60 tahun manakala suaminya, warga asing yang juga pengusaha kedai roti, berusia 37 tahun.

Menurut polis, suspek bertindak menyimbah cecair itu dari luar lif sebelum melarikan diri. Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dilaporkan meminta bantuan orang awam untuk menghantar mereka ke Hospital Selayang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.