Shaik atau Reezal jadi TKM P Pinang? Ketua BN mahu menang PRN dahulu

Shaik atau Reezal jadi TKM P Pinang? Ketua BN mahu menang PRN dahulu

Musa Sheikh Fadzir berkata calon timbalan ketua menteri Pulau Pinang daripada BN akan diputuskan selepas PRN.

Shaik Hussein Mydin dikatakan akan bertanding di Sungai Dua manakala Reezal Merican Naina Merican di Bertam pada PRN akan datang.
PETALING JAYA:
Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir “menurunkan suhu” sekitar spekulasi calon timbalan ketua menteri jika BN-Pakatan Harapan (PH) memenangi negeri itu pada PRN akan datang.

Mengikut sumber FMT, pucuk pimpinan BN dikatakan memilih Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Shaik Hussein Mydin untuk menduduki kerusi nombor dua itu jika beliau menang DUN Sungai Dua pada PRN bulan depan.

Bagaimanapun, semalam, media melaporkan bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican yang dikatakan bakal bertanding di Bertam turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Sungai Dua disandang Yusoff Noor dari BN manakala Bertam pada PRU14 dimenangi Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dari Bersatu.

“Berkenaan jawatan timbalan ketua menteri, biarlah BN bantu PH menang dulu sebelum kita bincang siapa calonnya,” kata Musa yang juga ketua Umno Pulau Pinang kepada FMT.

“Di peringkat ini calon pun belum tahu siapa lagi…kami tengah runding untuk dapatkan tambahan dua lagi kerusi. Setakat ini (BN) dah dapat enam.”

Selain Sungai Dua dan Bertam, BN dikatakan akan bertanding di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Acheh, dan Teluk Bahang.

Sementara itu, sumber berkata Shaikh calon utama kerana kedudukannya dalam parti lebih kanan berbanding Reezal yang dilantik sebagai ahli MKT selepas tewas pada pemilihan Mac lalu.

“Beliau juga seorang jurutera bertauliah dan berkelulusan kedoktoran dalam bidang itu…boleh bantu lancarkan pentadbiran negeri jika menjadi timbalan ketua menteri,” katanya.

FMT telah menghubungi Reezal dan Shaikh untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.