
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa polis menyiasat kenyataan Annuar bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan undang-undang lain yang berkaitan.
Laporan dibuat di IPD Sentul tengah hari tadi.
Semalam, Lim memutuskan untuk menuntut pampasan daripada Annuar selepas beliau dilapor mengaitkannya dengan peristiwa berdarah itu, dalam satu ceramah di Kelantan, menjelang PRN tidak lama lagi.
Veteran DAP itu yang sebelum ini berkali-kali menafikan pembabitannya berkata buku didakwa Annuar mengandungi ucapannya mengapi-apikan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera sebenarnya tidak wujud.
Peguamnya diarah untuk tidak menerima permohonan maaf, kata Lim dalam kenyataan.
Annuar turut mencabar Lim segera menyamannya.