
Kematian Pahamin, 77, yang juga bekas ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikongsi menantunya, pelakon Azhar Sulaiman melalui Instagram awal pagi tadi.
Azhar berkata, Pahamin dalam penerbangan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.
“Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Pahamin Rajab baru meninggal dunia.
“Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London,” katanya dalam video yang dimuat naik, menurut Harian Metro.
Azhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.
Pahamin yang juga pengasas bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh lebih 30 tahun.
Beliau menyandang jawatan ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai ketua pengarah JPJ bermula 1974 hingga 1998.
Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.