
Ketua Polis Seberang Perai Selatan, Ng Ah Thiam, berkata siasatan awal mendapati tangan, kaki dan leher mayat itu terikat dengan tali bersama sebongkah batu di muara sungai.
“Pemeriksaan pada mayat juga menemui kesan terbelah di bahagian perut dipercayai dicederakan menggunakan senjata tajam.
“Mangsa memakai baju berkolar, lengan pendek berwarna merah dan ‘boxer’ berwarna hitam. Setakat ini identiti mangsa belum diketahui,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau ahli keluarga yang hilang diminta segera tampil memberi keterangan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019 465 0777 atau hotline Polis SPS (04 5858222) atau IPK Pulau Pinang (04 2221522) atau balai polis berdekatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.