Cabul 2 remaja, lelaki Yaman direman

Cabul 2 remaja, lelaki Yaman direman

Kejadian didakwa berlaku di kedai pusat beli-belah membabitkan dua mangsa perempuan berusia 17 dan 18 tahun.

Seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun ditahan selepas dua remaja mengadu dicabulnya di sebuah kedai di pusat beli-belah.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki warga Yaman yang disyaki mencabul dua remaja perempuan di pusat beli-belah di Bandar Sunway.

Kejadian didakwa berlaku pada 1.30 tengah hari Khamis lalu di sebuah kedai pusat beli-belah itu, membabitkan dua mangsa berusia 17 dan 18 tahun.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek berusia 20 tahun yang tidak bekerja ditahan susulan aduan mangsa kepada polis bantuan.

“Suspek turut didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan menurut Astro Awani.

Katanya, suspek direman 14 hari hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.