Bolehkah sesiapa menekan KJ, soal Tengku Zafrul berkait isu nikotin

Bolehkah sesiapa menekan KJ, soal Tengku Zafrul berkait isu nikotin

Tengku Zafrul Aziz mendakwa tidak mengetahui Kementerian Kewangan diketuainya dahulu menekan Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan nikotin sebagai bahan terkawal.

Tengku Zafrul Aziz mempersoalkan sama ada Khairy Jamaluddin boleh ditekan oleh mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR:
Bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata beliau tidak mengetahui dakwaan Khairy Jamaluddin bahawa kementeriannya diketuainya dahulu itu mendesak supaya nikotin dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal bawah Akta Racun 1952.

“Saya tidak tahu mengenainya. Bolehkah sesiapa menekannya (KJ)? Adakah beliau boleh ditekan?” kata Tengku Zafrul yang kini menteri pelaburan, perdagangan dan industri kepada pemberita selepas satu majlis.

Khairy dalam episod terbaru audio siar “Keluar Sekejap” Selasa lalu mendedahkan ketika menjadi menteri kesihatan, beliau pernah ditekan oleh Kementerian Kewangan supaya mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal bawah Akta Racun 1952.

“Langkah itu bertujuan membolehkan kerajaan mengutip cukai,” katanya.

Beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya mengutamakan keselamatan dan kesihatan awam berbanding mengutip sedikit cukai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.