
Timbalan Ketua Polis Arau, Shaharruddin Abdul Talib berkata kejadian berlaku ketika Mohd Hanafiah Abdul Samad, 42, sedang makan di bilik tahanannya kira-kira 1.15 tengah hari.
Katanya, banduan dalam tempoh tahanan reman dari Langkawi itu tiba-tiba mengalami sesak nafas sehingga tidak sedarkan diri.
“Pegawai penjara yang menyedari kejadian itu segera membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar 25 minit kemudian.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya menurut Berita Harian.
Shaharruddin berkata, banduan terbabit ditahan di pusat itu sejak 16 Mei lalu atas kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, rekod kesihatan menunjukkan mangsa mempunyai sejarah penyakit Hepatitis C dan sering mengambil alat penyedut pernafasan kerana mengalami semput.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”