
Adun Seri Kembangan itu akan digantikan kerana parti berkenaan mahukan muka baharu, kata sumber itu kepada FMT.
Menurutnya, Adun Balakong Wong Siew Ki antara calon dipertimbangkan untuk menggantikan Ean Yong di Seri Kembangan.
Sumber itu menolak sebarang akibat negatif sekiranya Ean Yong digugurkan.
“Ean Yong mempunyai sokongan akar umbi disebabkan pembabitannya dengan parti selama bertahun-tahun, tetapi tidak cukup untuk memberi kesan negatif dalam PRN,” katanya.
Ean Yong, yang juga bekas ahli Exco enggan mengulas perkara itu ketika dihubungi FMT. Beliau menjadi Adun Seri Kembangan sejak 2008.
Pada PRU-15, beliau diuar-uarkan bertanding bagi kerusi parlimen Klang, namun DAP kemudian mencalonkan V Ganabatirau yang menang dengan majoriti 91,801 undi.
Selangor antara enam negeri yang bakal mengadakan PRN. Lima negeri lain adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.