Muda nak jual otak-otak, kasut biaya kempen PRN

Muda nak jual otak-otak, kasut biaya kempen PRN

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Muda mesti berfikir di luar kotak untuk membiayai kempennya kerana bukan sebahagian mana-mana kerajaan negeri.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata setiap pemimpin dalam parti itu akan mempunyai inisiatif sendiri untuk mengumpul dana bagi kempen PRN.
PETALING JAYA:
Muda akan menjual otak-otak dan barangan lain untuk mengumpul dana bagi membiayai kempen pilihan raya di enam negeri, kata presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, otak-otak dari Muar itu akan dijual dalam talian.

“Semua pemimpin Muda dan ahli akar umbi akan ada inisiatif sendiri untuk mengumpul dana,” katanya pada sidang media di bilik gerakan utama parti itu.

Beliau berkata, ada ahli Muda di Sabah yang akan menjual kasut sneaker serta barangan peribadi.

Katanya, Muda perlu berfikir di luar kotak untuk membiayai kempen pilihan raya kerana ia bukan sebahagian daripada mana-mana kerajaan negeri.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata beliau sudah mengambil inisiatif serupa sebelum ini.

“Muda selama ini memang parti yang bergantung kepada sumbangan kecil daripada orang ramai.

“Sebelum ini, kami berjaya mengumpul dana ramai hampir RM3 juta untuk menjalankan operasi harian kami dan menyokong golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.