Disyaki tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman 7 hari

Disyaki tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman 7 hari

Dalam kejadian di Pasir Tumboh, Kelantan, semalam, Rokiah Ayub, 42, maut disyaki ditikam bekas suaminya.

Susulan menikam mangsa, suspek dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga parah.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki berusia 51 tahun direman tujuh hari bermula semalam kerana disyaki menikam bekas isterinya sehingga maut di Pasir Tumboh, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata suspek direman hingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya menurut Bernama.

Semalam media melaporkan mangsa, Rokiah Ayub, maut disyaki ditikam bekas suaminya dalam kejadian kira-kira 4 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim.

Susulan menikam mangsa, suspek dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga parah.

Rokiah, 42, seorang peniaga air balang, ialah ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.