Kerusi, calon cabaran utama penggabungan PBS-STAR

Kerusi, calon cabaran utama penggabungan PBS-STAR

Ketua Penerangan PBS, Joniston Bangkuai berkata dua perkara itu antara punca perselisihan dalaman dalam mana-mana gabungan.

Ketua Penerangan PBS, Joniston Bangkuai berkata beliau menyokong penggabungan dua parti tersebut dan ia akan menjadi langkah strategik memandangkan landskap politik Sabah yang dinamik.
PETALING JAYA:
Pengagihan kerusi dan pemilihan calon akan menjadi cabaran untuk sebarang penggabungan antara Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), kata seorang pemimpin PBS.

Ketua Penerangan PBS, Joniston Bangkuai berkata dua perkara ini diketahui sebagai antara punca perselisihan dalaman dalam mana-mana gabungan.

Bagaimanapun, beliau menyokong penggabungan dua parti tersebut, dengan berkata ia akan menjadi langkah strategik memandangkan landskap politik negeri yang dinamik.

Sebarang usaha untuk menyuburkan perpaduan dan memperkukuhkan gabungan pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah patut disokong, katanya.

Idea penggabungan PBS-STAR dibangkitkan semula semalam oleh presiden STAR, Jeffrey Kitingan sebagai salah satu cara untuk memperkukuhkan kedua-dua parti bertunjangkan Kadazandusun Murut tersebut.

Joniston dalam satu kenyataan berkata “perpaduan dalam gabungan politik mempunyai kepentingan tersendiri dalam arena politik Sabah. Satu barisan bersatu berpotensi mengurangkan tindakan memecah belah dan persengketaan mengenai peruntukan kerusi.”

Kitingan mengakui bahawa terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum penggabungan boleh berlaku, termasuk nama dan logo parti baharu parti yang digabungkan itu serta siapa yang harus memimpinnya.

Joniston berkata, kejayaan penggabungan bergantung kepada “perbincangan menyeluruh dan persetujuan mengenai perkara penting seperti nama parti baru, simbol, dan struktur kepimpinan.”

“Saya percaya idea ini sepatutnya dibincangkan secara menyeluruh oleh majlis tertinggi kedua-dua parti mengenai perancangan masa depan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.