
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Khalil menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini.
“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh doktor di hospital.”
Khalil yang juga ADUN Batu Buruk itu berkata, Hadi sememangnya dalam keadaan uzur ketika menghadiri pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu di Marang pada 27 Jun lalu.
Pun begitu, katanya, Ahli Parlimen Marang itu tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.
“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan kita semua.”
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Hadi dirawat, namun Hadi beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.