Maqis rampas 10 tan beras import diikrar makanan haiwan

Maqis rampas 10 tan beras import diikrar makanan haiwan

Pihak terbabit membawa 10 guni besar berisi produk dianggarkan bernilai RM50,000 menggunakan lori, tanpa dokumen sah.

Kesemua beras yang dirampas akan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Johor untuk tindakan lanjut, menurut Maqis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas kira-kira 10 tan beras import yang diikrar sebagai makanan haiwan di laluan lori import, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, semalam.

Cubaan mengelirukan pegawai bertugas dengan membawa 10 guni besar berisi produk dianggarkan bernilai RM50,000 menggunakan lori, tanpa sebarang dokumen sah itu digagalkan pada 12.30 tengah hari.

“Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang diikrarkan oleh ejen penghantaran membawa masuk makanan haiwan, pegawai menemui guni-guni besar berisi beras dibawa tanpa diikrarkan,” kata Maqis, lapor Bernama.

Pemandu lori terbabit yang berusia 32 tahun dilepaskan setelah percakapannya dirakam, manakala kesemua beras itu akan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Johor untuk tindakan lanjut, tambahnya.

Menurut jabatan itu, kemasukan beras import ke negara ini dikawal melalui Permit Kelulusan (AP) mengimport oleh Ketua Pengarah KPB, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.