Bekas setiausaha agung umum tanding jawatan presiden Gerakan

Bekas setiausaha agung umum tanding jawatan presiden Gerakan

Liang Teck Meng yakin rekod prestasi dan pengalaman mampu mengembalikan semula maruah parti.

Liang Teck Meng pernah menjadi Ahli Parlimen Simpang Renggam dari 2008 hingga 2018. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas setiausaha agung Gerakan Liang Teck Meng mengumumkan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti.

Beliau adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 dan setiausaha agung Gerakan ketika parti itu masih menjadi komponen Barisan Nasional.

Liang tewas di kerusi itu kepada Maszlee Malik pada 2018, yang ketika itu berada dalam Bersatu.

“Saya yakin rekod prestasi dan pengalaman sebagai bekas setiausaha agung Gerakan, bekas ahli parlimen dua penggal dan bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membantu memulihkan maruah,” katanya di Facebook.

Presiden Gerakan kini disandang oleh Dominic Lau, yang mengambil alih jawatan itu pada November 2018 daripada Mah Siew Keong, selepas parti itu gagal memenangi walaupun satu kerusi pada PRU14.

Parti itu menyertai Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tetapi belum memenangi mana-mana kerusi parlimen atau negeri dalam pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.