Warga Myanmar cuba terjun tingkat 10 selepas bakar bilik

Warga Myanmar cuba terjun tingkat 10 selepas bakar bilik

Pihak bomba berjaya memujuk mangsa dan memadam kebakaran itu.

Keadaan bilik dengan tilam yang dibakar seorang warga Myanmar di sebuah pangsapuri di Kajang. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga Myanmar diselamatkan bomba selepas membakar biliknya dan cuba terjun dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Kajang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat pada 8.46 pagi tadi.

Setibanya di lokasi seorang lelaki berusia 30-an membakar bilik dan mengancam untuk terjun.

“Bomba berjaya memujuk mangsa dan memadam kebakaran itu,” katanya menurut Harian Metro. “Kebakaran membabitkan tilam dan kemusnahan 5%.”

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.