Warga emas ditemui maut disyaki dibunuh

Warga emas ditemui maut disyaki dibunuh

Lelaki terbabit disyaki dibunuh kerana terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayatnya.

Mayat warga emas berusia 64 tahun yang disyaki dibunuh itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun disyaki mati dibunuh di sebuah rumah pangsa di Bentong, Pahang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, panggilan diterima daripada polis untuk membantu mengambil mayat di rumah mangsa kira-kira 4.10 petang.

“Pasukan bomba turut memberi bantuan untuk menjalankan siasatan ke atas kejadian ini.

“Menurut laporan polis, mayat mangsa disyaki dibunuh kerana terdapat kesan kebakaran pada kain menutupi mayat mangsa,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.