Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan salah guna kuasa

Bekas Ahli Parlimen Labuan bebas tuduhan salah guna kuasa

Hakim Rozina Ayob memutuskan pendakwaan gagal membuktikan tuduhan terhadap Rozman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

Bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak untuk syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM). (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen membebaskan bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli daripada tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak untuk syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM).

Hakim Rozina Ayob memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan tuduhan terhadap Rozman mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh (Rozman) mengambil sebarang tindakan untuk memastikan LLPM dilantik untuk kerja-kerja pengurusan pelabuhan.

“Sebaliknya bukti daripada saksi menunjukkan tertuduh mencadangkan satu lagi syarikat (LP Multi Terminal Sdn Bhd) supaya dilantik,” katanya.

Rozman dari Warisan didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak untuk LLPM, di mana bapa dan adiknya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Dalam keputusannya, Rozina berkata pihak pendakwaan gagal memanggol Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng yang juga pengerusi pihak berkuasa pelabuhan bagi memberi keterangan sama ada Rozman menggunakan pengaruhnya terhadap ahli lembaga pengarah untuk melantik LLPM.

Rozman diwakili peguam Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Azmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.