
Timbalan Ketua Polis Jempol Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang masih belum dikenal pasti memakai pelitup muka, topi dan bersarung tangan.
“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pemilik kedai pada 9.41 pagi yang memaklumkan premisnya dipecah masuk dan barang kemas yang disimpan dalam peti besi hilang.
“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan cara memotong besi tingkap nako di bahagian tandas sebelum memecahkan pintu besi seterusnya memasuki bilik kebal,” katanya dalam kenyataan media, menurut Sinar Harian.
Beliau berkata kejadian itu menyebabkan pemilik premis mengalami kerugian lebih kurang RM1.08 juta membabitkan kehilangan pelbagai barangan kemas.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Raj Kumar melalui nombor telefon Ibu Pejabat Polis Jempol 06-4582222,” katanya.