
Kejadian pada kira-kira 6.50 petang itu turut membabitkan seorang lagi individu, pengendali berusia 77 tahun, yang juga terjatuh ke dalam laut namun terselamat.
Kedua-dua mangsa dikatakan rakan sekampung.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok Mohd Khairi Mat Hussin berkata, dua warga emas itu dipercayai terjatuh dalam jarak kira-kira 120m dari menara APM di pantai berkenaan.
Katanya, sebelum kejadian, anggota APM yang berada di menara itu terlihat peralatan luncur udara dinaiki kedua-dua mangsa seperti mengalami masalah.
“Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan seorang mangsa,” katanya, lapor Berita Harian.
“Bagaimanapun seorang lagi tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira 3m.”
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, kejadian ini turut disahkan oleh Ketua Polis Bachok Mohamad Ismail Jamaluddin, yang berkata maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.