
Ketua Polis Jelebu Maslan Udin berkata kedua-dua mangsa berkenaan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu.
Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Ia kemudiannya berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban.
“Akibat daripada kemalangan tersebut salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan penunggang motosikal seorang lelaki berusia 48 tahun telah meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Kejadian disiasat mengikut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik IPD Jelebu Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252.