Taib ‘sihat dan baik’, kata Astana Negeri Sarawak

Taib ‘sihat dan baik’, kata Astana Negeri Sarawak

Astana Negeri Sarawak berkata berita tular dan tidak disahkan berhubung tahap kesihatan Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud adalah palsu dan tidak benar.

Berlegar di media sosial khabar angin mendakwa Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud ‘meninggal dunia’. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Astana Negeri Sarawak mengesahkan Yang di-Pertua Negeri Abdul Taib Mahmud berada dalam keadaan sihat dan baik.

Dalam kenyataan, pejabat itu berkata, segala berita tular dan tidak disahkan yang bukan daripada Astana Negeri Sarawak mengenai kesihatan Taib di platform media sosial adalah “palsu dan tidak benar sama sekali”.

“Astana Negeri Sarawak ingin meyakinkan seluruh rakyat Sarawak bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sihat dan berada dalam keadaan baik,” menurut kenyataan itu.

Astana Negeri Sarawak berharap dengan kenyataan itu semua laporan tidak benar dan khabar angin mengenai Taib akan dihentikan.

Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit kepada Taib, Junih Salleh Ahmad.

Berlegar di media sosial mendakwa Taib “meninggal dunia”.

Taib merupakan ketua menteri Sarawak selama 33 tahun bermula 1981 hingga 2014, menjadikan beliau pemimpin negeri paling lama mentadbir di negara ini.

Beliau juga Ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia dengan mewakili kawasan Kota Samarahan selama 38 tahun, bermula 1970 hingga 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.