Mahkamah tolak rayuan Rosmah cabar lantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan

Mahkamah tolak rayuan Rosmah cabar lantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwaan

Hakim See Mee Chun berkata isteri bekas perdana menteri Najib Razak sudah kesuntukan masa untuk memfailkan cabaran itu melalui semakan kehakiman.

Hakim See Mee Chun berkata Rosmah Mansor sepatutnya memfailkan semakan kehakiman selewat-lewatnya pada 21 Mei 2021.
PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Rosmah Mansor untuk meneruskan permohonan semakan kehakimannya bagi melucutkan kelayakan mendiang Gopal Sri Ram bertindak sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan rasuahnya berhubung projek solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Hakim See Mee Chun berkata isteri bekas perdana menteri Najib Razak sudah kesuntukan masa untuk memfailkan cabaran itu.

Beliau berkata Rosmah sepatutnya memfailkan semakan kehakiman selewat-lewatnya pada 21 Mei 2021 apabila Peguam Negara Idrus Harun sekarang mengeluarkan fiat bahawa Sri Ram juga dilantik untuk mendakwa Rosmah.

“Tiada merit dalam rayuan itu dan kami menolaknya dengan kos RM10,000 yang perlu dibayar kepada peguam negara dan pendakwa raya,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.