
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan, berkata fasa dua bagi FSA2 diharap dapat diperkenal dua bulan lagi, selain agensi itu sedang meneliti mekanisme terbaik demi memastikan kelancaran program tersebut.
Menurut Buletintv3, ketika ini, permohonan FSA2 bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi hanya boleh dibuat menerusi dua institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional BSN dan MBSB bank.
Bagaimanapun, KWSP sedang meneliti penambahan pilihan bank lain untuk program itu.
Untuk rekod, FSA2 dilaksana dalam dua fasa yang mana fasa pertama bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun untuk ahli berusia 40 tahun ke atas yang layak, sementara fasa kedua melibatkan ahli berusia 40 tahun ke bawah.
Untuk rekod, sejumlah RM981.9 juta telah diluluskan bagi FSA2 KWSP setakat 11 Jun.
FSA2 telah dipohon oleh 168,925 orang, namun yang layak hanya 88,414 orang. Daripada jumlah ini, seramai 47,696 orang bersetuju untuk menerima tawaran pembiayaan tersebut.