Enggan selenggara pemadam api, 2 lelaki ditahan ugut pemilik restoran

Enggan selenggara pemadam api, 2 lelaki ditahan ugut pemilik restoran

Seorang pemilik restoran mendakwa dimarahi dua lelaki kerana enggan menggunakan perkhidmatan mereka menyelenggara alat pemadam api pada Isnin lalu.

Polis berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira 10.30 malam kelmarin selepas seorang wanita membuat laporan berhubung ugutan sehari sebelumnya.
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan dipercayai mengugut seorang pemilik restoran di Medan Perdagangan Kepayang, Seremban berhubung perkhidmatan menyelenggara alat pemadam api.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata dua lelaki berumur 24 dan 55 itu ditahan kira-kira 10.30 malam kelmarin selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita berusia 49 tahun mengenai ugutan itu sehari sebelumnya.

“Salah seorang daripadanya mempunyai rekod berkaitan dadah dan direman sehari bagi membantu siasatan kes.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Akhbar itu melaporkan seorang pemilik restoran mendakwa dimarahi dua lelaki kerana enggan menggunakan perkhidmatan mereka menyelenggara alat pemadam api Isnin lalu.

Lee Wai Peng, 49, dilaporkan bimbang dengan keselamatannya kerana dua lelaki itu dilihat berlagak ala gengster.

Arifai menasihatkan orang ramai melaporkan sebarang kejadian seumpama itu atau jika ada pihak berlagak seperti samseng dalam proses penyelenggaraan dan pembekalan alat pemadam api di balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.