Ceroboh rumah pemain bola sepak Sabah, bekas kekasih ditahan

Ceroboh rumah pemain bola sepak Sabah, bekas kekasih ditahan

Polis berkata pemain Liga Super itu membuat laporan Sabtu lalu mendakwa pintu rumahnya dirosakkan wanita terbabit.

Polis menahan wanita itu kira-kira 8 malam Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang wanita dipercayai menceroboh kediaman pemain bola sepak Sabah yang juga bekas kekasihnya.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemain Liga Super itu membuat laporan Sabtu lalu mendakwa pintu rumahnya dirosakkan wanita berkenaan.

Susulan itu, katanya, wanita terbabit ditahan kira-kira 8 malam tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.