
bagi perniagaan secara umum. Hubungan penting antara lokasi dengan pertumbuhan perniagaan adalah faktor yang wajar anda pertimbangkan, sama ada memulakan ataupun mengembangkan perniagaan. Lokasi dan persekitaran yang betul serta imej yang baik sentiasa memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Namun dalam dunia yang kompetitif hari ini, ia sudah menjadi suatu kemestian.
Kedudukan strategik adalah kuncinya
Masalah kesesakan di bandar utama, mahal dan tidak menarik, menyebabkan kebanyakan perniagaan memilih untuk berpindah ke kawasan pinggir bandar yang berkembang pesat, lengkap dengan kemudahan pengangkutan seperti Melawati, yang hanya 15 kilometer dari KLCC tetapi jauh dari kesibukan kota.

Sebagai peneraju dalam penemuan semula kawasan Ulu Kelang dan transformasinya kepada sebuah destinasi gaya hidup bandar yang aktif dan bertenaga, Melawati dianggap sebagai ‘rahsia’ terbaik Kuala Lumpur. Sebagai sebuah kawasan dicari-cari dengan penduduk yang semakin mewah merangkumi lebih 27,000 kediaman, ia adalah sebuah perbandaran dengan kemudahan yang matang. Biarpun berlatarkan landskap bukit berhutan, Melawati juga terletak di lokasi strategik dan mudah diakses melalui lebuh raya utama dan hab pengangkutan.
Sebuah landskap komersil yang diwujudkan untuk menyediakan persekitaran yang mampan dan memberi inspirasi, Pusat Korporat Melawati (MCC) adalah komponen utama rancangan pembangunan semula bandar Melawati. Ia menawarkan peluang tanpa had untuk pelbagai jenis korporat, tanpa mengira saiz.
Terletak di perbandaran Taman Melawati yang matang, jaraknya hanya beberapa minit dari pembangunan kediaman seperti Park One dan Melawati Mall yang pernah memenangi anugerah – dengan jarak hanya 700m.
Sebagai sebuah perbandaran berpenduduk padat dengan pembangunan kediaman utama dan institusi pendidikan, Melawati juga merupakan hab bakat dengan ramai pelajar dan profesional yang tinggal di kawasan itu – satu sumber penting pekerja berpotensi yang mahir serta berkelayakan.
Sebagai hab perniagaan yang ideal, MCC mempunyai sistem perhubungan yang baik menerusi rangkaian lebuh raya utama seperti Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH), SPE, SUKE dan Lebuhraya Karak, serta mudah diakses melalui Stesen LRT Wangsa Maju dan Sri Rampai. Dengan jarak 15km, KLCC juga boleh dikunjungi dalam beberapa minit.
Lokasi yang memudahkan pertumbuhan adalah penting
Dengan fungsi fleksibel dalam seni bina, bangunan MCC 10 tingkat yang menempatkan 106 suite pejabat pegangan bebas berkeluasan antara 1,098 hingga 2,045 kaki persegi, sedia untuk didiami segera. Ia boleh disesuaikan mengikut keperluan dan disediakan dalam pelbagai konfigurasi seperti ‘teras menegak’ dan ‘lantai mendatar’. Dinding yang boleh diubah adalah baik untuk perniagaan yang memerlukan ruang tambahan atau lebih fleksibel. Enam suite runcit di tingkat bawah juga mempunyai teres tambahan. Suite pejabat “sedia pindah masuk” ini tersedia dalam empat konfigurasi: 1 unit hadapan, 2 unit dwi hadapan, 2 unit hadapan lebih lebar dan 4 unit dwi hadapan lebih lebar, dengan akses kepada dua lif. Selain itu, setiap teras dilengkapi dengan lif persendirian bagi tujuan akses pantas. Semua bilik mempunyai sistem keselamatan tiga lapisan dengan kad akses. Terdapat kawasan letak kereta yang luas dan selamat, dengan lebih 500 ruang disediakan dan lif terus ke pejabat dikawal oleh kad akses bagi menjamin keselamatan.
Persekitaran yang mampu memberi inspirasi adalah ideal

Kedudukannya di tengah-tengah persekitaran hijau dan berinspirasi turut memanfaatkan perniagaan, mewujudkan suasana yang positif, bebas tekanan yang menggalakkan produktiviti. MCC mempunyai ruang ‘rooftop’ yang luas dengan panorama indah Bukit Tabur, Bukti Dinding dan bukit Melawati yang subur menghijau – iaitu tempat sesuai untuk menghiburkan pelanggan atau menganjurkan acara.
Berbaloi berada di lokasi sama
MCC telah menarik penyewa terkenal daripada lebih 12 industri dengan beberapa nama korporat terkemuka. Ini termasuk rangkaian luas daripada kesihatan dan kecantikan, seni bina dan reka bentuk rumah; kewangan, perkhidmatan perbankan dan teknologi, kepada hartanah dan syarikat pengurusan. Dua bank utama turut menduduki premis itu pada masa ini.

Dengan banyak faktor penting untuk dipertimbangkan, mencari premis yang sesuai untuk memenuhi keperluan khusus perniagaan sendiri boleh menjadi tugas yang sukar. Tetapi ia berbaloi untuk meluangkan masa mempertimbangkan semua aspek sebelum membuat keputusan muktamad itu, kerana lokasi sememangnya boleh mempengaruhi kemajuan perniagaan. Oleh itu, membuat pilihan yang betul amat penting.
Dengan gabungan kebolehcapaian, fleksibiliti, kemudahan dan prestij yang tepat, lokasi seperti MCC ialah lokasi perniagaan utama yang pasti memacu pertumbuhan yang mampan dan menjadi tarikan kepada kejayaan.
MCC mempunyai bilangan unit yang terhad dengan harga bermula dari RM1 juta. Untuk maklumat lanjut, layari.