Tiada rundingan bersama PH, Amirudin usah kelirukan pengundi, kata Muda

Tiada rundingan bersama PH, Amirudin usah kelirukan pengundi, kata Muda

Muda mendedahkan setakat ini tiada rundingan bersama PH menjelang PRN.

Ketua Penerangan Muda Luqman Long berkata kenyataan Amirudin Shari bertujuan mengelirukan pengundi dan tidak menghormati parti itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Muda mendedahkan setakat ini tiada rundingan dibuat bersama Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama, jumlah kerusi dan kawasan akan ditandingi pada PRN.

Ketua Penerangannya, Luqman Long, berkata kenyataan dikeluarkan Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari, yang Muda akan meneruskan kerjasama dengan gabungan itu pada PRN akan datang tidak benar.

Beliau merujuk hantaran Facebook PKR yang memetik Amirudin sebagai berkata: “Muda akan terus bekerjasama dengan PH dalam PRN”.

“Kenyataan ini adalah salah, tidak benar dan merupakan persepsi peribadi menteri besar Selangor (Amirudin).

“Sehingga hari ini, tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi dan kawasan,” katanya dalam kenyataan.

Luqman berkata, kenyataan Amirudin bertujuan mengelirukan pengundi dan tidak menghormati Muda.

“Sebarang hal berkenaan urusan PRN Muda hanya akan diumumkan oleh Muda, bukan PH,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.