
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengeluarkan arahan itu sambil meminta semua ketua jabatan dan pegawai daerah memaklumkan isu-isu yang menghalang pelaksanaan dalam tempoh enam bulan.
“Dengan baki enam bulan lagi, saya mahu semua ketua jabatan dan pegawai daerah ambil maklumkan isu-isu yang menghalang pelaksanaan. Lakukan yang terbaik untuk melaksanakan dan menyelesaikan projek pembangunan berkenaan tahun ini,” katanya di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) hari ini.
Hajiji berkata laporan kemajuan terperinci projek perlu dibentangkan dalam mesyuarat MTPNg September ini.
“Sabah telah diperuntukkan RM6.05 bilion dalam Belanjawan Negara tahun ini, yang ketiga tertinggi selepas Wilayah Persekutuan dan Selangor.
“Bagaimanapun, di bawah ‘Rolling Plan’ Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12, hanya 21.61% daripada 1,181 projek untuk Sabah telah dilaksanakan,” katanya.
Katanya, dengan baki masa yang ada, beliau mencadangkan penubuhan Kumpulan Wang Amanah supaya peruntukan yang tidak digunakan untuk tahun tersebut boleh disimpan dan digunakan untuk tahun akan datang.
“Berdasarkan data MyProjek pada 12 Jun 2023, kira-kira 141 projek di bawah RM50 juta bernilai RM1.6 bilion akan diwakilkan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
“Sepatutnya tiada lagi alasan untuk menunggu kelulusan daripada Persekutuan. Rakyat dan kerajaan akan rugi jika berlaku kelewatan dalam melaksanakan projek yang diluluskan,” katanya.