PRN Selangor: BN jangka tanding 14 kerusi

PRN Selangor: BN jangka tanding 14 kerusi

Umno berhasrat bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di setiap Parlimen Selangor.

BN dan PH akan bergabung untuk berdepan Perikatan Nasional pada PRN.
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi DUN pada PRN Selangor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam berkata hasrat parti itu ialah bertanding satu kerusi DUN di setiap Parlimen Selangor.

Tetapi katanya, Pakatan Harapan (PH) memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada PRU15 November lalu.

“Jadi, tinggal enam kerusi (Parlimen) saja mereka (PH) tidak menang (pada PRU15), kalau kita hendak ambil (bertanding DUN) pun dari situlah,” katanya menurut Sinar Harian pada pelancaran jentera kerajaan perpaduan DUN Sungai Panjang di Parit 16, Sabak Bernam.

Pelancaran jentera pilihan raya di DUN Sungai Panjang ialah yang pertama di Selangor menerusi kerjasama BN dan PH.

Lokman berkata, penyokong BN dan PH diminta terus memberi sokongan padu kepada calon kerajaan perpaduan bagi memastikan kemenangan di Selangor.

“Kalau semua penyokong BN memberi sokongan padu kepada calon kerajaan perpaduan antara PH dan BN, kita ada peluang sebab kawasan Melayu kita masih berpengaruh, manakala pengundi bukan Melayu pula 98% bersama PH.

“Kalau kita gabungkan pengundi (BN dan PH), kita boleh menang dan mengekalkan kerajaan negeri sedia ada ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.