
Sidang hakim tiga anggota yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Rahman Sebli mendapati terdapat kekhilafan dalam keputusan lalu.
Sebelum ini, mahkamah pilihan raya membenarkan bantahan awal oleh responden atas alasan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan peraturan-peraturan tidak dipatuhi.
Pempetisyen telah memplidkan butir-butir mencukupi di dalam petisyen untuk kes dibicarakan sepenuhnya, kata Rahman yang menghakimi kes ini bersama Hasnah Hashim dan Nordin Hassan.
Mahkamah juga memerintahkan petisyen itu didengari oleh hakim baharu. Hakim menetapkan 26 Jun untuk pengurusan kes.
Sebelum ini, Azmi Mahmood yang mewakili calon Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah memfailkan petisyen susulan dakwaan wang dibayar kepada beberapa pengundi.
Beliau juga mendakwa mendakwa beberapa peti undi dari pusat mengundi tertentu tidak dikira.
Dia memohon mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya itu dan pemilihan baharu diadakan.
Calon Perikatan Nasional, Azizi Abu Naim, menewaskan Tengku Razaleigh yang menyandang kerusi itu sejak 1974 dengan majoriti tipis 163 undi.
Sementara itu dalam kes lain, sidang hakim mengekalkan keputusan mahkamah pilihan raya sama menerima bantahan awal terhadap cubaan mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Putrajaya.
Bantahan awal itu mengekalkan kedudukan penyandang, Rafzi Jidin.
Rahman berkata rayuan terhadap keputusan mahkamah tiada merit kerana pempetisyen gagal memplidkan butir-butir mencukupi.
Mahkamah juga memerintahkan pempetisyen, Naib Ketua Umno Putrajaya Faisal Abdul Karim membayar Radzi RM30,000 sebagai kos.
Radzi menewaskan penyandang empat penggal, Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan majoriti 2,310 undi dalam pertandingan enam penjuru.