
“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” kata presiden PAS itu kepada pemberita, selepas program Perikatan Nasional di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa atau apa yang dimaksudkan sebagai “orang awam”.
Hadi berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman.
Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said, berkata PAS didakwa menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu, pada 15 hingga 17 Nov 2022, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa. PRU15 diadakan pada 19 Nov.
Hadi menyifatkan tindakan Umno Terengganu itu sebagai “gerak saraf”.
Pada PRU15, PAS mememangi ketiga-tiga kerusi Parlimen itu, dengan Hadi, yang mempertahankan Marang, menang dengan majoriti 41,729 undi.