Ku Li ‘ikon politik’ selepas Nik Aziz, pemimpin Amanah cadang ketuai jentera Kelantan

Ku Li ‘ikon politik’ selepas Nik Aziz, pemimpin Amanah cadang ketuai jentera Kelantan

AJK Pimpinan Amanah Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Tengku Razaleigh Hamzah 'ikon politik' yang boleh cetus gelombang, selepas Nik Aziz.

Tengku Razaleigh Hamzah dicadang dilantik pengarah PRN BN-PH untuk merampas Kelantan.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Amanah mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik pengarah pilihan raya Barisan Nasional-Pakatan Harapan bagi PRN Kelantan.

AJK Pimpinan Amanah Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘ikon politik’ yang boleh mencetuskan gelombang di Kelantan, selepas Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ketokohan Tengku Razaleigh mampu meninggalkan impak positif kepada gabungan parti di bawah kerajaan perpaduan terbabit dalam mencapai keputusan lebih positif pada PRN.

“Hanya Tengku Razaleigh yang boleh menjadi ikon politik selepas pemergian Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Abdul Rahim berkata gabungan itu berpeluang mempertahankan sekurang-kurangnya lapan DUN yang dimenangi pada PRU14, dengan kemungkinan menawan 16 kerusi pada PRN kelak.

“Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada susunan yang akan dibuat oleh pihak sekretariat kerajaan perpaduan nanti,” katanya, dan menambah beliau dimaklumkan pembahagian kerusi BN-PH sudah 90% selesai namun belum muktamad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.