Kerajaan akan bentang RUU Omnibus berkait perlindungan, perkongsian data

Kerajaan akan bentang RUU Omnibus berkait perlindungan, perkongsian data

Ia sebahagian usaha Putrajaya untuk menubuhkan Padu, pangkalan data bersepadu yang membolehkan maklumat dikongsi antara pelbagai kementerian dan agensi.

Rafizi Ramli berkata, RUU Omnibus bermakna kerajaan tidak perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi masing-masing.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan membentang rang undang-undang (RUU) Omnibus untuk membenarkan perkongsian data antara kementerian dan agensinya, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

RUU Omnibus ialah cadangan undang-undang yang meliputi pelbagai topik.

Pembentangan RUU itu sebahagian usaha Putrajaya mewujudkan Padu, pangkalan data bersepadu yang membolehkan perkongsian maklumat antara pelbagai cabang kerajaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan program Padu sebagai satu kaedah kerajaan membuat keputusan lebih baik berdasarkan data terperinci dan holistik.

Bercakap di Dewan Negara hari ini, Rafizi berkata, usaha terdahulu mewujudkan pangkalan data sedemikian tidak berjaya kerana undang-undang memberi kuasa kepada kementerian untuk mempunyai peraturan berbeza mengenai perkongsian data.

Dengan memperkenalkan RUU Omnibus, katanya, kerajaan tidak perlu meminda setiap akta yang memberi kuasa kepada kementerian atau agensi masing-masing.

Menjawab soalan Senator Aknan Ehtook berhubung kaedah program Padu boleh diteruskan walaupun berlaku pertukaran kerajaan, beliau berkata, RUU Omnibus akan menangani perkara itu.

“Ia bukan saja menjadikan perkongsian data satu kewajipan, ia akan mewajidkan proses perkongsian data berterusan untuk menjamin Padu kekal sebagai pangkalan data pusat komprehensif bagi kerajaan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.